KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR INTAKE 4 MODUL 7 SESI 1 - VERTICAL FARMING PINTAR: AUTOMASI, IOT & PENGURUSAN NUTRIEN DALAM AEROPONIK
26 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 26 Ogos 2026, telah diadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 7 bertajuk “Vertical Farming Pintar: Automasi, Iot & Pengurusan Nutrien Dalam Aeroponik”, bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.
Pembelajaran Mahir Pertanian Pintar minggu ini, peserta diberi pendedahan tentang teknologi penanaman secara menegak yang dirancang untuk memaksimumkan hasil tanaman dalam ruang yang terhad. Peserta akan didedahkan kepada komponen utama sistem menara, teknik pemasangan struktur fizikal termasuk sistem pengairan dalaman dan lampu LED, serta kaedah penyemaian menggunakan media tanpa tanah seperti rockwool. Selain itu, topik ini memberikan penekanan khusus kepada aspek operasional yang kritikal seperti pengurusan nutrisi menggunakan baja AB, pemantauan tahap EC dan pH air, serta strategi pencahayaan untuk memastikan pertumbuhan tanaman yang subur dan mampan dipersekitaran terkawal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: